Mutiara Kata
Sebaik-baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. |
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). |
Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne |
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. |
Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang |
“Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.” ~Surah al-Hajj:77 |
“Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan” ~Surah Yusuf:18 |
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu |
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz |
“Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan.” ~Tengku Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) |
“Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki.” ~Profesor Diraja Ungku Aziz |
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. |
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. |
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. |
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. |
Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib |
Sabda Rasulullah s.a.w: “Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.” |
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. |
Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. |
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) |
Kekitaan yang erat tiada yang berat |
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari |
Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR |
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. |
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. |
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati |
0 komentar:
Posting Komentar